Sunday, September 19, 2010

Fuck you wiseguys...


Masa mula-mula gua dapat kerja Bos pernah cakap "Masa kita kerja ni, kita kena patuh undang-undang pejabat, jangan buat kerja peribadi dalam office...nanti gaji tak berkat...bla bla....ba ba black sheep...buat kerja peribadi di rumah...

Ok bos...(angguk kepala 1000x)...

dan

Semalam bos ada panggil gua, penting katanya.

"Mat, tolong design logo Club Golf i ni...i nak mcm ni...bla bla....ba ba black sheep...hmm, isnin pagi i nak...

Ok bos...

biarpun dia pernah cakap...

JANGAN BUAT KERJA PERIBADI DALAM OFFICE

walaupun kerja sebenar di office masih banyak...

Wednesday, April 7, 2010

Jari malas...

Hmm...dah lama tak practice bass...

ketat jari...

mungkin dah tua dan tak larat nak main bass lagi...

alasan!!!

Sunday, April 4, 2010

KAWAN PELIK

Bayangkan...

Semasa kita berdiam diri...si dia sibuk memberitahu dunia apa yang baru tentang dirinya...

Update sana...update sini...

Kita ni dianggap mcm orang bodoh, tak punya apa-apa dan orang yang tiada dalam senarai kawan-kawan masa SENANGnya...masa susah dahulu mungkin...

Si dia asyik bercerita tentang kawan-kawannya yang kaya raya atau yang 'Otai-otai'...kiranya dia ibarat pemenang bertuah GORES DAN MENANG kerana berkawan dengan mereka-mereka itu...

Dan setiap kali kita memberitahu apa-apa berita atau setiap kali si dia nampak kita memperoleh kejayaan, membeli barangan atau gadget-gadget terbaru...pasti dia akan buat-buat tak kisah, buat-buat tak nampak atau buat-buat suka.

Tapi kita perasan...

Walaupun kita SOROK sana sini, dia tetap akan tahu...

Walaupun benda yang kita nak buat itu tak pernah dipedulikannya pada waktu itu, dia tetap rasa PANAS semacam...

dan walaupun barang itu tidak HOT pada mulanya di mata beliau, dia tetap akan BELI...

Dan selang berberapa ketika, si dia turut juga melakukan atau membeli benda yang sama dan walaupun kita sudah tahu tentang berita itu, si dia dengan aksi 'kerek' tetap akan datang memberitahu dan menunjukkan pada kita FACE TO FACE...walaupun kita dah tahu mengenainya (tgk facebook aje satu dunia dah tahu pasal kau ok!)

Kita hanya mampu terdiam...Si dia nampak mcm puas...

Kita buat lagi benda lain...perkara yang sama akan terjadi lagi...

Hmm...






Korang ada kawan macam ni?

Gua ada BANYAK...nak satu bagitau ok? hahahahhaa!!!

Cibai...

Thursday, March 18, 2010

Kucing Pinjam

Penat gua bela kucing gua dari kecil sampai besar...dari comot sampai comel macam kuih donat...

Satu hari datang seorang tua datang main-main dengan kucing gua. Gua tengok dia macam nak curi kucing gua. Banyak cantik mula lu apek!!

Gua tegur la itu apek: "Eh, itu kucing gua tu...nak buat apa tu?"

Apek balas: "Pinjam..pinjam..." senyuman kanggaroo lu apek...

Hmm..bila buruk, comot dan kurus semua tak nak... bila ada yang lawa, comel...mulalah nak ambil buat harta sendiri. Sedap lu mau pinjam...

Pinjam rumah lu buat parti buih boleh?

Tuesday, March 9, 2010

Blackberry babun kau!!!

Ramainya orang tukar handphone baru...

Mungkin kerana sesuai dengan peredaran zaman ataupun mungkin sebab handphone dia dah kronik macam kereta accident!!

Biasalah...bila dah ada phone baru, ramai kawan-kawan yang akan datang...

Ada yang nak tengok, ada yang suka dan ada juga babun yang sakit jiwa sebab memang JIWA PENDENGKI...

Nak kata tak berduit tak mungkin kerana babun ni spesis babun africa selatan...jahanam punya kaya...

Akhirnya babun menulis (educated babun) satu madah bercili yang menyindir apabila melihat ramai yang menukar handphone lama mereka kepada yang baru...

"Tidak susah untuk kita mendisiplinkan diri merancangan kewangan sebenarnya…tetapi kita banyak dipengaruhi oleh persekitaran kita yang berlumba-lumba. Keadaan mungkin berbeza jika kita hidup di pedalaman yang berhadapan dengan suasana kehidupan yang serba sederhana. Di sana mungkin tidak ada kereta mewah lalu lalang di depan mata kita, Tidak ada pusat beli belah seperti Pavillion yang menjadi kegilaan anak-anak muda…tidak ada kawan yang pakai pakaian berjenama untuk dibanding-banding…tidak ada panggung wayang yang hebat-hebat, pusat-pusat boling, puat karaoke, kelab-kelab malam dan sebagainya yang buat kita kelabu mata dan ingin turut serta. Tak percaya…? Mungkin tanpa sebab, tak lama lagi kita akan tukar handphone kita yang masih baru kepada Blackberry sebab kawan kita yang gaji rendah dari kita dah pun pakai Blackberry…"

Ada seorang sahabat yang datang lalu berkata " Babun ni memang gila beli jam tangan...pernah sekali dia beli jam yang harga dekat RM15k sebab jam tu lawa..."

Hmm, blackberry mungkin harganya sekitar RM1k - RM2k...

Abis jam tu?

memang BABUN lah!!!

Wednesday, March 3, 2010

Peningkatan Tahap Bangang Bagi Seekor Babun

Hari pertama...

Sedang gua sibuk membuat kerja mandur...

BABUN: Aku tau kau pun sibuk dengan benda-benda lain. Di masa yang sama aku tau kau memang ada masa untuk selit2 kerja Buletin tu...janganlah kata tak ada masa..sbb aku duduk dekat je dengan kau dan boleh tau apa yang kau buat!! Kalau kau betul2 fokus dan nak buat, kau memang boleh buat apa aje!! Aku tak suka kerja2 aku jadi 2nd or third priority sbb aku pun banyak buat kerja dalam satu masa dan di masa yang sama aku PEKERJA CEMERLANG!!

Kalau kau tak boleh deliver, kau cakap betul2. So that, aku boleh consider untuk lantik agency luar untuk lay out & printing.

Gua: ....^^*()*()&)^%$%

Hari kedua...

BABUN: Bro, aku letih...mungkin layout siap pukul 11. Esok ko tlg masukkan caption bleh?

Gua: ok

HAri ketiga:

BABUN: Ko try la tgk and ubah sikit-sikit layout tu

Gua: ok, aku try...btw, designer semalam tu siapa?

BABUN: Dia tu kawan aku...pernah MENANG pertandingan design logo tau!!

Gua: Brapa dia charge?

BABUN: Rm200.00

Hari ketiga (jam 9pm):

Gua: Bro, aku kena buat balik la semua layout...byk yang tak betul, allignment lari, gambar tak touch up / convert to TIFF...and tak guna CMYK color....

(Babun terkebil-kebil...macam baru lepas kentut dalam lif yang ramai orang)

Moral of the story:

Mungkin lebih baik tunggu TURN anda dari melulu membuat keputusan yang memBANGANGkan...

Padan muka babun sebab rugi Rm200.00. Kalau campak kat gua, mesti dah beli string Bass baru...

Bodoh punya babun..

Gua ni tak terer brader...baru setahun jagung buat design...tapi gua ikhlas nak tolong lu...

just lu sabar sikit la...OK?


Wednesday, February 24, 2010

Bunyi keji si Radio Tua

Kasihan Radio Tua...

Semakin bertambah hari semakin azab aku mendengar Radio Tua ini...

Mungkin Radio Tua inginkan perhatian...

Peti suaranya menjerit minta dibaiki...bingit dan memeritkan

Ramai yang tak endah...bebalkan telinga

Mungkin dah jelek dengar propaganda lama

Radio Tua bentak lagi...

Peti suaranya kini memaki...keji dan menyiksakan

Mungkin kerana lambat dibaiki...ia bising sendiri

Kasihan Radio Tua...

Kerana terlalu bingit kini ia yang rugi...

Ramai yang undur diri...tak mahu baiki radio ini...

Mungkin Radio baru yang jadi pengganti...

Monday, February 22, 2010

GM

Jam 5 petang...

Sedang gua tak kelip mata membuat kerja


Tiba2 gua terdengar si gila berteriak...


"Ok, dah pukul 5...orang yang GM dah boleh balik!"

"Orang GM!? GM apa!!!?"

"GAJI MATI..."

"Orang yang naik pangkat boleh la balik lewat-lewat!!!"


Ouwh...boleh ka itu macam?

Dasar gila pangkat lah lu orang....


Ntahla

Ntahla...

Tak faham gua dgn lu orang ni...

Lu mintak mcm tu..lu mintak mcm ni...

Banyak pulak limitation...itu tak boleh, ini tak boleh

Lepas tu lu bagi gua contoh yang takde semua limitation tu...suruh gua buat reference

Contoh semua cun...semua cantik...

Gua tak faham apa lu orang nak...ke lu memang suka tengok orang susah??

Ntahla...

Sunday, January 17, 2010

Hari terakhir sebagai seorang pekerja kontrak...

Untuk entry ni..gua kena pakai ayat sopan-sopan Span

19 Januari 2009...

Aku masih ingat lagi apa yang berlaku pada tarikh ni...Pagi-pagi lagi pukul 6am aku dah bangun (selalu pukul 8.30 baru bangun). Aku macam nak tido balik sebab malam tadi aku tak boleh tido, tapi aku gagahkan juga kaki untuk ke bilik mandi (air sejuk giler!!) dan selepas itu...aku start sembahyang subuh balik setelah nak dekat setahun aku tinggalkan...yerla, bangun dulu pun lambat, dari rumah ke tempat kerja baru 10minit.

Lepas bersiap, aku tengok ke arah jam..hmm, baru je pukul 6.45am. Awal giler kan? Aku tengok diri aku kat cermin...pelik, sebab aku tak biasa pakai kemeja lengan panjang, tali leher, seluar slack dan kasut hitam. Dah lama aku tak pakai benda-benda alah macam tu lepas aku tinggalkan itm...rasa macam bukan diri aku yang sebenar. Lagipun dulu aku pergi kerja hanya la berbekalkan seluar pendek, t-shirt dan selipar jepun yang aku beli kat butik FOS. Haishh...daif aku waktu tu.

Tanpa membuang masa, aku terus keluar dari rumah dan bawa kereta menuju ke satu tempat baru yang agak jauh. JALAN TUN RAZAK...satu jalan yang memang dibenci oleh semua penduduk kota setiap pagi kerja. Memang jem! Aku yang first time lalu jalan tu agak bengang sebab kereta memang tak gerak langsung...kalau gerak pun setiap 5-10 minit sekali walaupun dah ada polis trafik. Nasib baiklah aku sampai juga ke tempat yang dituju sebelum pukul 8. Kalau tak matilah aku nak menjawab kenapa first day lewat.

Tempat yang baru ni memang korporat habis...semua pekerja dia pakai smart dan aku dah mula nampak ramai orang yang sebangsa dengan aku bekerja disitu. Kalau di tempat lama aku hanya nampak ramai bangsa asing yang berpakaian smart, kini aku dah nampak ramai bangsa aku yang pakai macam tu. Banggalah juga aku melihat senario yang aku jarang nampak. Sampai saja di lobi, aku ditahan pak guard...hmm, macam kat itm pulak rasanya sebab guard-guard disitu yang cakapnya memang macam nak marah saja. Sori aku cakap macam ni tapi aku rasa seseorang guard itu (walaupun ada sesetangah yang tidak berpelajaran tinggi) perlu juga tahu cara-cara nak hormat tetamu dan bercakap dengan NADA yang SOPAN. PAHAM! Aku disuruh register dulu...lepas tu kena letak pas pelawat kat poket baju dan barulah dilepaskan...

Kemudian aku menaiki lif ke tingkat 35 (HR department). Wahh, buat pengetahuan korang aku sebelum ni tak pernah naik lif tinggi sampai tingkat 35. Lif disitu boleh sampai ke tingkat 40..huh, apartment aku pun ada sampai 22 tingkat saja. Takut juga sebab lama dalam lif ditambah lagi dengan adanya staff-staff disitu yang nak masuk pejabat. Segan...Sampai saja di tingkat 35, aku berjumpa dengan seorang staff disitu lalu dibawanya aku pergi tangkap gambar untuk pas kerja (huh, muka aku macam taliban masa tu)... Kemudian dibawanya aku ke tingkat 4 pula...Dia kata "Haa, inilah office awak...". Aku masuk ke dalam dengan muka yang lebih blur dari biasa sebab tak tahu apa-apa dan... "Boss, this is your new graphic designer.He's reporting today". Teruss jumpa dengan bos... Untuk makluman, bos baru aku ni seorang perempuan dan aku tak pernah ada bos perempuan sebelum ni, so aku agak janggal ketika nak berborak dan atau nak tanya something, jadi aku diam sajalah...

Bos pun memperkenalkan diri dan seterusnya memperkenalkan juga kerja-kerja yang bakal aku pikul selepas ni. Hmm, semua long term project (annual report, buletin 4bulan sekali dan lain-lain). Aku kemudian dikenalkan pula dengan semua staff di unit aku dan aku terkejut!!! aku merupakan staff lelaki TUNGGAL di unit aku dan yang lain semua perempuan termasuk bos...tapi nasib baiklah ada 3 ke 4 lelaki di unit lain yang mungkin aku boleh buat member...

Akhir sekali, aku dibawa ke meja aku sendiri...komputer tak ada lagi masa tu, jadi bos hanya suruh aku baca surat khabar. Mula-mula ok, tapi last-last punyalah mengantuk yang teramat sebab tak ada yang nak dibuat... kejap-kejap aku pergi hisap rokok...kejap lagi rokok..dan rokok lagi...Bayangkan, aku dah baca semua surat khabar (tidak termasuk surat khabar Tamil Nesan dan Sin Chew) pada pukul 12pm. Aku tunggu lagi sejam dan terus pergi lunch.

Aku rasa bersyukur sebab masa tu ada juga staff yang sudi ajak aku pergi makan tengahari walaupun aku tak tegur siapa-siapa pun waktu tu. Kalau tak, aku memang tak tahu mana nak makan. dan mungkin aku berpuasa saja. Namanya abang Napi (harap-harap panjanglah umur si abang napi ni yer sebab hati dia baik walaupun dia ni panas baran) hehehe...Abang Napi ni memang peramah, jadi banyak juga benda yang kami borak pada tengahari itu.

Selepas lunch, aku meneruskan kerMENGANTUKKAN aku dengan membaca semula surat-surat khabar yang baru pagi tadi aku baca. Maklumlah, komputer tak ada lagi jadi aku kena bersabar. Rokok menjadi belasahan ketika bateri ultraman aku menyala...Hmm, ianya memang hari pertama yang penuh cabaran MATA buat aku.

Tepat pukul 5 aku balik....terus aku tido lepas sampai rumah sebab mengantuk sangat.


19 Januari 2010...


Kini sudah setahun aku bekerja disini, sebagai seorang graphic artist yang berstatus KONTRAK. Macam-macam aku dah lalui disini...di dunia korporat...dan di dunia melayu. Semua tu aku dah rasa sebagai pekerja berstatus kontrak...pengalaman pahit, manis semua aku dah telan. Ada yang tersirat aku simpan jauh dilubuk hati walaupun ada masanya harus dilepaskan...aku hanya sumbat saja mana yang berserabut. Aku sayang kerja aku..aku masih mahu kerja...tapi sebetulnya aku tak mahu lagi menjadi pekerja yang berstatus kontrak kerana aku tahu ianya amat menyeksakan...seperti memperjudikan masa depan...yang kita takkan tahu MENANG ATAU KALAH...

Secara jujur, aku sebanarnya amat sedih sekali pada hari ini, kerana aku takut mungkin aku tidak akan ke sana lagi...