Sunday, January 17, 2010

Hari terakhir sebagai seorang pekerja kontrak...

Untuk entry ni..gua kena pakai ayat sopan-sopan Span

19 Januari 2009...

Aku masih ingat lagi apa yang berlaku pada tarikh ni...Pagi-pagi lagi pukul 6am aku dah bangun (selalu pukul 8.30 baru bangun). Aku macam nak tido balik sebab malam tadi aku tak boleh tido, tapi aku gagahkan juga kaki untuk ke bilik mandi (air sejuk giler!!) dan selepas itu...aku start sembahyang subuh balik setelah nak dekat setahun aku tinggalkan...yerla, bangun dulu pun lambat, dari rumah ke tempat kerja baru 10minit.

Lepas bersiap, aku tengok ke arah jam..hmm, baru je pukul 6.45am. Awal giler kan? Aku tengok diri aku kat cermin...pelik, sebab aku tak biasa pakai kemeja lengan panjang, tali leher, seluar slack dan kasut hitam. Dah lama aku tak pakai benda-benda alah macam tu lepas aku tinggalkan itm...rasa macam bukan diri aku yang sebenar. Lagipun dulu aku pergi kerja hanya la berbekalkan seluar pendek, t-shirt dan selipar jepun yang aku beli kat butik FOS. Haishh...daif aku waktu tu.

Tanpa membuang masa, aku terus keluar dari rumah dan bawa kereta menuju ke satu tempat baru yang agak jauh. JALAN TUN RAZAK...satu jalan yang memang dibenci oleh semua penduduk kota setiap pagi kerja. Memang jem! Aku yang first time lalu jalan tu agak bengang sebab kereta memang tak gerak langsung...kalau gerak pun setiap 5-10 minit sekali walaupun dah ada polis trafik. Nasib baiklah aku sampai juga ke tempat yang dituju sebelum pukul 8. Kalau tak matilah aku nak menjawab kenapa first day lewat.

Tempat yang baru ni memang korporat habis...semua pekerja dia pakai smart dan aku dah mula nampak ramai orang yang sebangsa dengan aku bekerja disitu. Kalau di tempat lama aku hanya nampak ramai bangsa asing yang berpakaian smart, kini aku dah nampak ramai bangsa aku yang pakai macam tu. Banggalah juga aku melihat senario yang aku jarang nampak. Sampai saja di lobi, aku ditahan pak guard...hmm, macam kat itm pulak rasanya sebab guard-guard disitu yang cakapnya memang macam nak marah saja. Sori aku cakap macam ni tapi aku rasa seseorang guard itu (walaupun ada sesetangah yang tidak berpelajaran tinggi) perlu juga tahu cara-cara nak hormat tetamu dan bercakap dengan NADA yang SOPAN. PAHAM! Aku disuruh register dulu...lepas tu kena letak pas pelawat kat poket baju dan barulah dilepaskan...

Kemudian aku menaiki lif ke tingkat 35 (HR department). Wahh, buat pengetahuan korang aku sebelum ni tak pernah naik lif tinggi sampai tingkat 35. Lif disitu boleh sampai ke tingkat 40..huh, apartment aku pun ada sampai 22 tingkat saja. Takut juga sebab lama dalam lif ditambah lagi dengan adanya staff-staff disitu yang nak masuk pejabat. Segan...Sampai saja di tingkat 35, aku berjumpa dengan seorang staff disitu lalu dibawanya aku pergi tangkap gambar untuk pas kerja (huh, muka aku macam taliban masa tu)... Kemudian dibawanya aku ke tingkat 4 pula...Dia kata "Haa, inilah office awak...". Aku masuk ke dalam dengan muka yang lebih blur dari biasa sebab tak tahu apa-apa dan... "Boss, this is your new graphic designer.He's reporting today". Teruss jumpa dengan bos... Untuk makluman, bos baru aku ni seorang perempuan dan aku tak pernah ada bos perempuan sebelum ni, so aku agak janggal ketika nak berborak dan atau nak tanya something, jadi aku diam sajalah...

Bos pun memperkenalkan diri dan seterusnya memperkenalkan juga kerja-kerja yang bakal aku pikul selepas ni. Hmm, semua long term project (annual report, buletin 4bulan sekali dan lain-lain). Aku kemudian dikenalkan pula dengan semua staff di unit aku dan aku terkejut!!! aku merupakan staff lelaki TUNGGAL di unit aku dan yang lain semua perempuan termasuk bos...tapi nasib baiklah ada 3 ke 4 lelaki di unit lain yang mungkin aku boleh buat member...

Akhir sekali, aku dibawa ke meja aku sendiri...komputer tak ada lagi masa tu, jadi bos hanya suruh aku baca surat khabar. Mula-mula ok, tapi last-last punyalah mengantuk yang teramat sebab tak ada yang nak dibuat... kejap-kejap aku pergi hisap rokok...kejap lagi rokok..dan rokok lagi...Bayangkan, aku dah baca semua surat khabar (tidak termasuk surat khabar Tamil Nesan dan Sin Chew) pada pukul 12pm. Aku tunggu lagi sejam dan terus pergi lunch.

Aku rasa bersyukur sebab masa tu ada juga staff yang sudi ajak aku pergi makan tengahari walaupun aku tak tegur siapa-siapa pun waktu tu. Kalau tak, aku memang tak tahu mana nak makan. dan mungkin aku berpuasa saja. Namanya abang Napi (harap-harap panjanglah umur si abang napi ni yer sebab hati dia baik walaupun dia ni panas baran) hehehe...Abang Napi ni memang peramah, jadi banyak juga benda yang kami borak pada tengahari itu.

Selepas lunch, aku meneruskan kerMENGANTUKKAN aku dengan membaca semula surat-surat khabar yang baru pagi tadi aku baca. Maklumlah, komputer tak ada lagi jadi aku kena bersabar. Rokok menjadi belasahan ketika bateri ultraman aku menyala...Hmm, ianya memang hari pertama yang penuh cabaran MATA buat aku.

Tepat pukul 5 aku balik....terus aku tido lepas sampai rumah sebab mengantuk sangat.


19 Januari 2010...


Kini sudah setahun aku bekerja disini, sebagai seorang graphic artist yang berstatus KONTRAK. Macam-macam aku dah lalui disini...di dunia korporat...dan di dunia melayu. Semua tu aku dah rasa sebagai pekerja berstatus kontrak...pengalaman pahit, manis semua aku dah telan. Ada yang tersirat aku simpan jauh dilubuk hati walaupun ada masanya harus dilepaskan...aku hanya sumbat saja mana yang berserabut. Aku sayang kerja aku..aku masih mahu kerja...tapi sebetulnya aku tak mahu lagi menjadi pekerja yang berstatus kontrak kerana aku tahu ianya amat menyeksakan...seperti memperjudikan masa depan...yang kita takkan tahu MENANG ATAU KALAH...

Secara jujur, aku sebanarnya amat sedih sekali pada hari ini, kerana aku takut mungkin aku tidak akan ke sana lagi...