Sunday, October 16, 2011
Kawan boleh datang, dan kawan juga boleh pergi...
Gua rasa lu orang juga pernah dengar ayat ni...mungkin lu orang juga pernah rasa nikmat berkawan dan juga perasaan bila kawan atau member pergi meninggalkan lu orang, sama ada meninggal dunia, pindah ke planet lain atau beralih ke arah yang berlainan dari lu orang...
Mesti lu orang ada atau pernah ada member yang kamceng giler & yang teramat brotherhood dalam hidup lu orang, sehingga lu orang dah anggap member lu tu macam adik beradik. Member yang memang lu percaya kaw-kaw untuk cerita every kraf-singles thing pasal diri lu, hari-hari lu orang yang kadangkala indah dan macam sampah, dan berkongsi minat yang sama. Mungkin juga pernah bergaduh dengan orang lain untuk member lu...kena marah, kena pukul, kena tangkap...semua pun untuk member lu...
Cerita punya cerita, teringat gua pasal member-member yang pernah kamceng dengan gua...Masa gua sekolah, gua ada member kamceng...namanya Hafiz. Hafiz & gua ni ibarat macam kembar siam di sekolah. Siap satu kelas lagi... so, mana saja gua pergi mesti ada Hafiz. Selalunya orang akan bertanya kalau salah sorang takde, sebagai contoh, "Mana Hafiz?"....(cis, itu je soalan yang gua ingat...haramis betul!). Selaku member kamceng, Hafiz adalah peneman gua di sekolah, ponteng sekolah, ponteng tuisyen, main game kat kompleks Yik Foong, lari sembahyang jumaat dan bermacam-macam lagi benda yang 'sesetengah' budak sekolah buat...hehehe. Gua pun tak pasti sapa yang start ajar sapa buat benda-benda jahat ni semua tapi itu adalah lumrah kerana kami juga ingin jadi budak jahat seperti budak-budak jahat yang lain. Hafiz ajar gua ponteng sekolah dengan motor honda EX-5 pemberian bapak beliau. Huh, acara paling epic adalah ponteng sebaik saja lepas perhimpunan sekolah...motor dah standby luar pagar depan sekolah Anderson...siap kena kejar dengan pengawas sekolah yang gemuk sebab tak ponteng sekolah (Ponteng = kena kejar...kena kejar = lari...lari = bersenam) hahahaha! Nasib saja baik sebab gua tak pernah kantoi bab ponteng sekolah kerana attendance semua dah signed masa perhimpunan...kalau tak mati gua nak menjawab dekat parent gua...heheh! Jahat tak?
Akhirnya gua insaf juga selepas lagi 2bulan nak SPM. Mengenangkan result gua yang fail 5 mata pelajaran menyebabkan gua stop sekejap dari benda-benda macam ni...mungkin tak berkat kot sebab gua selalu tipu mak gua. Di sekolah tak boleh belajar, di rumah pun tak boleh belajar so, gua amik keputusan untuk pergi library...Hafiz tak mau ikut gua pergi library masa tu so gua pergi sorang...kira terpisah jugak la gua masa tu. Just a short hiatus, lepas je SPM & tunggu result gua & Hafiz kamceng balik..mengular sama-sama macam biasa sebab sekolah dah habis. Hehehehe.
Akhirnya selepas dapat result, gua dan Hafiz berpecah. Gua terpaksa masuk Uitm, and Hafiz pulak dapat masuk kolej lain. Gua tak lost contact, gua still kawan sama Hafiz just jarak & masa yang tak sama jadikan gua & member kamceng gua tak lagi sekamceng dulu...Kadang-kadang bila gua balik Ipoh, hafiz tak balik...begitu juga la sebaliknya. Percaya tak, everytime gua balik Ipoh, gua mesti spend time untuk lalu di kawasan-kawasan ni: Sekolah Anderson, Laluan ponteng sekolah kat Taman DR, Cyber Cafe kat Taman Chempaka, Pusat Video Game & Makan Meggi kat kompleks Yik Foong, Bowling kat Ipoh Parade, Jusco, Vegas, Mamak Salam, dan Char kuey tiaw kat Dataran Ipoh. Walaupun keadaan dah sedikit berubah di Ipoh, tapi gua masih lagi boleh tersenyum bila mengenangkan zaman-zaman gua & member kamceng gua, Hafiz. :)
Di Uitm pun gua ada member kamceng juga...namanya Kechik (nama asalnya pun Hafiz). Yang ni pun ketegori kamceng ya amat. Zaman university adalah zaman kita beralih arah dari remaja sekolah ke remaja yang dewasa sikit dari bermacam segi...hehe! Jadi, dari segi duit, cara berpakaian dan cara membuat jahat semuanya bertukar pada diri gua. Gua & Kechik memang rapat sebab kechik adalah roomate gua sejak dari Uitm arau, Puncak Perdana dan sampailah kat Shah Alam. Kechik juga gua dah anggap macam adik beradik gua. Ke sana sini, pergi merayau, menapak jauh-jauh, ponteng kelas, ponteng puasa, kongsi duit, kongsi makan, kongsi baju, kongsi basuh baju, kongsi komputer, kongsi rokok dan berbagai lagi jenis kongsi semuanya boleh dikatakan sekali. Hehehe.
Pengalaman paling kelakar yang gua ingat adalah masa gua dengan kechik lari dari di kejar pak guard Uitm...Hmm, masa tu gua & kechik sama-sama tengah membela rambut panjang dan cuba untuk menyelamatkan diri dari tertangkap kerana student lelaki Uitm tak boleh bela rambut panjang (macam gampang punya rules...) Oleh kerana kerap di 'usha' oleh pak guard, staff, MPP & lecturer yang skema ya amat...kami insaf & bercadang untuk potong 'sikit' rambut tu. Setelah berbincang dengan rapi maka keluarlah gua & kechik di hari kejadian...melalui lorong-lorong yang tenang yakni tanpa adanya pak guard di situ sehinggalah ke bus stop (final check point sebelum naik bas). Lagi berberapa meter untuk sampai ke bus stop, gua ternampak seorang pak guard Arau lalu naik moto sambil meng'usha' tajam ke arah gua & kechik. Gua dah cuak & akhirnya tanpa berfikir panjang gua terus ambil peluang lari! Kechik juga lari tapi agak perlahan sedikit (disebabkan beliau pakai Yellow Boot Timberland) dibelakang gua...kesian kechik. Seperti ingin menangkap penjenayah juvana lain di Uitm, pak guard itu mengejar gua & kechik dengan penuh bersemangat (macam dalam Gerak Khas), siap dengan siren Gaban milik beliau serta walkie talkie menyeru rakan Guard yang lain (Power rangers Hijau, Biru, Kuning & Pink) untuk datang menolong.
Lari punya lari punya lari menyusuri kelas-kelas dan tandas...akhirnya gua surrender. Begitu juga kechik...Gua keletihan dan terus terduduk di tepi jalan menunggu pak guard itu datang nak tangkap gua & kechik...Tapi seperti biasa, Tuhan sentiasa membantu insan yang ingin berubah...lalu Auta (idea menipu) datang sebaik saja pak guard itu mendekati gua...
Pak guard: Hang lari kenapa? Hang nak pi mana?
Gua: Eh? Mana ada saya lari bang?
Pak guard: Hang jangan tipu, aku nampak hang lari tadi? Ni apa ada dalam beg tu? mai sini tengok? hang bawak dadah ka apa ni?
Gua: Eh! mana ada...tadi dia kejar saya...sebab saya siram dia dengan air botol... (terus gua tunjuk botol air mineral dalam beg gua) Sebelum ni dia siram saya kat cafe dengan air panas...nak tengok beg tengoklah...mana ada apa pun...
Pak guard tak puas hati & check beg gua...dan macam biasa...pak guard mesti nak cari salah orang punya...
Pak guard: Haa, tu rambut tu...panjang pasai apa? Mana buleh rambut panjang macam ni!
Gua & Kechik: Kami nak potong rambut la ni encik. Tahu dah rambut panjang...sebab tu nak potong...
Pak guard: Aku tak percaya hangpa berdua ni...sekarang hang ikut aku pegi Bahagian Keselamatan...jumpa chief...
Gua pun pergilah ke Bahagian Keselamatan tu...jumpa itu bos besar. Bos besar tak ada apa pun...siap gelak lagi masa tanya kenapa gua & kechik lari...Hahaha! Tapi gua & kechik still kena potong rambut sebab kad matrix dia pegang...lepas potong baru boleh ambil kad tu...sadis...
Teringat lagi kata-kata chief pak guard tu:
Chief Pak guard: Lain kali jangan main lari-lari dalam ITM ni naa..
HAHAHAHAHAHAHAHAH!!!
Begitulah cerita gua & member-member kamceng gua. Gua ramai member, tapi paling bermakna buat gua adalah 2 orang ini. Orang yang sedikit sebanyak mengubah & menceriakan zaman remaja gua. Masa merubah kita...dan itu gua terpaksa akur. Gua dah jarang jumpa diorang disebabkan perbezaan tempat tinggal, kerja dan masa...Kadang-kadang gua rasa bersalah juga sebab gua jarang call tanya khabar, sumtimes gua busy sampai terpaksa ignore call dari diorang, kadang-kadang gua datang tempat yang berdekatan dengan diorang tapi gua tak roger dan banyak lagi sebab yang susah gua nak jelaskan dekat sini...
Gua sedih juga melihat member yang dulunya kamceng giler dengan gua kini tidak lagi memperdulikan gua...sehinggakan lepak juga tidak mahu menjemput gua. Mungkin beranggapan gua selalu busy..tak mengapa kerana itu memang salah gua. Tapi apa yang sedang berlaku ini kadang-kala membuat lidah gua kelu untuk bercerita tentang apa-apa. Gua tak tahu apa-apa yang lu orang ceritakan...apa yang lu orang plan, semua gua tak tahu...dan akhirnya gua diam & hanya ketawa sesekali terdengar lawak. Gua mintak maaf sebab gua terasa ada VIBE yang asing, VIBE yang gua tak tahu apa, membuatkan gua rasa jauh apabila lepak dengan lu orang...macam gua baru je kenal lu orang. Tapi jauh disudut hati gua...gua still mengharapkan suasana yang gila-gila macam dulu...bersama diorang...Tapi apakan daya, gaya hidup menjadikan gua sibuk, tak ada masa untuk member-member...
Maafkan gua...gua sama macam dulu, cuma gua tak ada masa seperti dulu...
Kawan ni tak selamanya dengan kita...kawan boleh datang, dan kawan juga boleh pergi...
Wednesday, October 5, 2011
Loan Shark dari Kuwait
Nak kata rapat taklah rapat pun, sebab gua rasa dah lebih 7 tahun gua tak jumpa pak long ni. Last sekali gua nampak muka dia pun masa diploma dekat UiTM Puncak Perdana semasa zaman pemerintahan Ibrahim Abu Shah (abang misai) tu. Masa tu, Puncak Perdana masih lagi hijau, berhutan sana-sini & ada la dua tiga bijik kedai koboi yang menjual makanan untuk budak-budak puncak perdana yang sangap adanya.
Jadi, selepas gua habis diploma (takdenya 3 pointer pun), gua pindah Shah Alam dan lepas tu gua memang tak nampak la muka si Pak Long ni. Nak call? Buang karan gua call Pak Long apahal?!! Sapa lu Pak Long?? Heheh...pergi jahanam!
Masa berlalu...berlalu dan lalu lagi sehinggalah zaman Mark Elliot Zuckerberg mencipta facebook @ FB @ Fesbuk bak kata budak-budak indie yang stylo & minat pada fotografi dengan tambahan lighting di sana sini. Begitu jugalah dengan orang-orang yang nak berniaga secara online ni( termasuk gua), berniaga macam-macam kat sini. Contohnya, buat bisnez fotografi, jual kain, jual kuih, jual jam, jual beg & juga jual orang dengan promosi harga pecah amanah. Memang sesak facebook sekarang nih...
Terbaru, gua ada nampak orang bank buat iklan pasal Personal Loan pulak...macam biasa, gua memang tak perasan juga siapa yang hantar message & post pasal loan ni, so gua delete je...cukup untuk settlekan masalah gua pada hari itu.
Gua ingat dah settle...tapi macam biasalah, orang yang sent benda-benda macam ni takkan give up dengan kita walaupun dah direject berkali kali. Nak jadikan cerita, dua minggu lepas gua ada post gambar-gambar gua masa outing di perlis...sedang menelek-nelek komen-komen pada gambar tetiba gua ternampak satu komen yang datangnya dari orang yang tak pernah ada dalam komen list gua. Komen tu dari Pak Long tadi...Hmm, yang gua hairan bin ajaib, Pak Long ni rajin pulak sampai banyak gambar gua dia komen. Hmm, macam biasa jugak...gua masih buat bodoh & tak balas komen tu...ada ke patut dia cakap gua dah gemuk? hehe
Lepas 2 hari, gua buka semula facebook, gua pergi tengok itu notification dan gua nampak personal/private message dari Pak Long...
Pak long tulis dalam PM beliau:
XXXX .... nanti nak buat loan kahwin roger paklong na. PNB tersenarai dalam GLC malaysia. Paklong jaga loan under Kuwait Finance House. okies? buhbye :)
What the fuck are you talking 'Roundbout'??
Gua terdiam lalu terfikir...
Mungkin 'KOMEN GAMBAR SECARA PUKAL' ni teknik terbaru mereka untuk mendekati/mendapatkan client...
Semangat anak muda melayu macam gini memang kita mahukan...tapi tak perlu buat-buat layan & komen gambar orang banyak-banyak untuk memberitahu kewujudan anda. Sebelum ni ader lu nak message, call gua...walaupun lu ada dalam friendlist gua? Hahaha...amik!
Dunia...dunia...
-gua-
Thursday, September 29, 2011
Mak...
Monday, August 29, 2011
Selamat Hari Raya
Wednesday, August 24, 2011
Sunday, August 21, 2011
Just realize...
I just realize sumthing nearby me...is a jealousy duo...hahaha!
Fuck off!
I'm not your fight...even I don't have time to care bout those fucking thing you do. And you should be thankful bcoz I'm being good. For you...
Tuesday, August 16, 2011
Kisah pasal sate & orang main lighting...
Sepanjang bulan yang mulia ni, gua lebih banyak melakukan aktiviti-aktiviti indoor saja...mana lagi kalu tak dirumah sewa gua yang berkarat nih. Kerja gua..siapkan album-album wedding client gua yang dah lama tertangguh. Ada yang bulan Mei itu hari punya pun gua baru nak bagi sama dia hujung minggu ni...Lama tuu 2 bulan. Tapi apa boleh buat, gua sendiri pun ada benda mau setttle...gua punya kawin. Sori utk client-client gua...& gua ada bagi special gift untuk lu orang sebab gua lambat. Client punya pasal, takpe biar gua bankrap....hehehehuk
Sedang2 gua tulis blog, baru gua teringat...dah masuk 2 minggu gua tak pegi itu sembahyang terawih...Aiseh, sadis gua...maunya tak? dah 2 minggu gua sibuk susun gambar & album..Siang usah cerita, gua memang lemau giler sampai gua tertido kat opis. Lepas tu balik keje, berbuka..dan terus buat album sampai pukul 2pagi. Itula rutin puasa gua berulang-ulang...Hmm, tapi rasanya ini malam gua mau pegi sembahyang terawihlah.
Yer, gua mesti pegi...
Sebut pasal terawih, teringat pulak zaman-zaman juvana gua & member2 di ipoh. Hehehe, lepas berbuka, gua cepat2 curik kereta bapak gua sebab nak pegi sembahyang terawih kat area rumah member-member gua. Memang rancangan gua nak sembahyang terawih kat situ. Memang pegi masjid...memang sembahyang walaupun buat 8 je...tapi yang penting giler masa tu ialah hisap rokok ramai-ramai lepas berbuka...perghh....Lepas sembahyang sambung lepak lagi sampai sahur....Habis jahanam paru-paru sebab hisap rokok je xberenti. Hahaha, tapi gua rasa masa tu la zaman paling brotherhood dalam hidup gua, sebab masa tu gua dan member-member gua semua memang kepala gile...jahat usah cerita la. Heee... tapi sekarang tinggal kenangan je suma tu pasai member gua suma dah keje merata-rata. Ada yang dah kawin, ada yang jadi otai & macam-macam... Sama la macam gua...hari-hari pun busy sampai tak ada masa untuk diri sendiri. Kadang-kadang rindu jugak nak jumpa & lepak ramai-ramai mcm dulu...tapi fikir-fikir balik, benda macam ni memang sekali je dapat dalam hidup...'Teenage Life' brader...Haha!
Ouwh gua lupa...cerita gua pasal sate.
Ada seorang member roger gua...nak minta quotation untuk product photoshoot client dia. Produk yang digemari ramai, Sate@Satay... Macam biasa, gua bagi quotation kat client gua...tapi gua ada satu problem. SHIT! Shit itu adalah gua tak pernah shoot mana-mana product sebelum ni (yang main-main tu adalah). Tapi gua tetap mau shoot sebab gua rasa peluang hanya datang sekali...kalu tak try bila lagi nak dpt?
Ada betul ka brader?
Gua cuba pula tanya pada Master Ujang, photographer kat opis gua pasal product shooting...Hmm, dia cakap kena pakai lighting. Lagi gigil sebab gua actually memang tak pakai lighting. Mana gua tahu sangat pasal benda-benda trigger ni. Mostly gua lebih suka bergantung pada natural light seperti gambar-gambar outdoor di taman monyet & lighting gua pakai pun hanya la speedlite flash & reflector. Boleh la kot kalu pakai itu Speedlite flash & buat CLS (Creative lighting system) mcm bebudak skang ni suka buat kat gambar orang kawin...tapi seriyes, gua tak minat la sama itu CLS... hehehe. Jadi gua try tengok internet, mana tahu ada cara lain?
Ok, mari lihat video ni...creative juga ini brader:
Insyaallah, kalu ada sen...satu hari nanti gua beli. Gua pun mau juga jadi mcm lu orang, jadi photographer lain yang ada lighting...nanti tak la mcm gua skang, harapkan lighting lampu jalan TNB je. Hehehe....
p/s: Bila gua nak banyak sen pun gua tak tahu lah...aiyakk...
Sunday, July 31, 2011
Bayi lensa
Lensbaby?
Lu orang pernah dengar tak pasal lensbaby ni? Gua rasa mana yang otai-otai (dan konon otai) sure dah tahu pasal lens kecik ni...dulu gua pernah terbaca iklan dalam magazine pasal lensbaby ni...menarik gak brader tapi tak terfikir pulak nak cuba or beli menatang lens macam ni...So pada hari jadi gua yang mulia ni semalam, gua kidnap tunang gua pergi kedai dan test...
Single glass optic
Double glass optic
Fisheye
Plastic optic
Gambar-gambar kat atas adalah effect lensbaby ni...takde pakai effect photoshop brader...haha!
Apa macam??